Penolong Pengarah Bahagian Operasi (JBPM) Negeri Sabah, Misran Bisara berkata, peningkatan tersebut disebabkan pengoperasian semula semua sektor ekonomi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun lepas.
“Kita menjangkakan kes akan meningkat terutamanya dalam industri perkilangan yang mana ianya telah ditutup selama setelah tiga bulan yang lalu.
“Begitu juga bila dibenarkan untuk rentas daerah, kita akan lihat akan berlaku pertambahan kenderaan di jalan raya dan seperti kita lihat hari ini, belum pun sekolah dibuka, kesesakannya seperti sekolah telah dibuka.
“Jadi saya percaya kes kemalangan dan kebakaran akan meningkat dan kita akan sentiasa siap sedia apabila diperlukan,” ujarnya.
“Tahniah kepada sembilan penerima APC Zon Keningau dan saya berharap anugerah ini akan dapat memberikan semangat dan juga dorongan kepada pegawai-pegawai yang lain khususnya di Zon Keningau untuk menabur bakti yang lebih baik dan cemerlang dalam tugasan.
“Hari ini kami turut menyampaikan bantuan kewangan kepada keluarga allahyarham Razmie Jataman anggota BBP Sook yang diterima oleh bapanya, Jataman Japar sebagai penghargaan di atas sumbang bakti allahyarham kepada jabatan selama sembilan tahun berkhidmat dan diharapkan sumbangan ini dapat membantu keluarga allahyarham,”katanya.
Hadir sama pada majlis berkenaan adalah penolong Pengarah bahagian Keselamatan kebakaran JBPM Sabah, Jemros Olin.