Bolkiah Keluar Peruntukan Segera Baiki Jambatan Gantung

1475
Penduduk bergotong-royong membaiki jambatan itu demi kebaikan bersama.

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
PITAS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Bolkiah Ismail mengeluarkan peruntukan segera RM5,000 bagi menyiapkan jambatan gantung di Kampung Dandun yang rosak teruk akibat banjir minggu lalu.

Jambatan gantung Kampung Dandun rosak teruk akibat banjir baru-baru ini.

Bolkiah berkata, kerja-kerja membaik pulih infrastruktur asas itu telah pun siap hasil kerjasama penduduk dan kontraktor yang dilantik.

Jambatan akhirnya siap dibina dan boleh digunakan

Katanya, peruntukan itu disediakan kerana jambatan berkenaan merupakan laluan penduduk dari empat buah kampung untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan Dandun yang terletak di situ.

Bolkiah Ismail turut bersama-sama penduduk semasa gotong-royong membaiki jambatan gantung Kampung Dandun.

“Sebagai wakil rakyat saya mengambil tanggungjawab memperuntukkan RM5,000 untuk memperbaiki jambatan tersebut melalui usaha gotong-royong.

“Lebih daripada 500 pelajar dan 800 penduduk kampung sekarang boleh melalui jambatan ini setelah dibaiki sepenuhnya,” kata beliau kepada Borneo Today hari ini.

Penduduk bergotong-royong membaiki jambatan itu demi kebaikan bersama.

Kata Bolkiah, kerosakan berlaku apabila tiang utama dan dawai panjang yang menjadi asas jambatan berkenaan terputus di bahagian tengah menyebabkan sebahagian papan dan kayu jambatan dihanyutkan arus banjir.