BN Bohong!! Warisan Sabah Nafi 300 Ahli Di Semporna Keluar Parti

Hisham Fattah

SEMPORNA: Parti Warisan Sabah hari Isnin menafikan seramai 300 ahlinya kembali menyertai Umno dalam satu majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Semporna semalam.

Ketua Penerangan Warisan Bahagian Semporna Hisham Abd Fattah berkata, ahli parti warisan sama ada di Semporna mahupun di seluruh Sabah tetap teguh dan kukuh berjuang bersama parti Warisan.

“Kita akan terus memberi sokongan serta kesetiaan tidak berbelah bagi kepada barisan pimpinan Parti Warisan Sabah yang diketuai oleh Mohd Shafie Apdal,” ujarnya dalam satu laporan di Malaysia Dateline.

“Rakyat Sabah sudah semakin tertarik, semakin yakin dan memahami perjuangan yang dibawa oleh parti warisan ini justeru itu tidak timbul isu lompat mahupun berpaling tadah kepada parti lain.”

Jalin Luin tidak pernah jadi ahli Warisan, walaupun pernah keluar dari Umno dahulu.

Dimaklumkan kumpulan yang mengetuai penyerahan borang kononnya 300 ahli Warisan akan kembali kepada Umno itu yang diserahkan oleh wakilnya, Jalin Luin dakwanya lagi, Jalin tidak pernah menyertai parti Warisan sebagaimana dilaporkan di laman sosial facebook oleh penyokong Umno.

“Jalin memang keluar Umno tetapi bukan ahli Warisan, tidak pernah mendaftar menjadi ahli. Dia bukan mewakili 300 ahli Warisan yang sertai Umno semula dalam majlis tersebut,” ujarnya.

Borang 300 ahli yang kembali semula kepada Umno itu telah diserahkan oleh Jalin kepada Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno dengan disaksikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sabah Musa Aman.

Hisham yang juga Timbalan Biro Penerangan Warisan berkata, kepercayaan rakyat Sabah terhadap parti Warisan pimpinan Shafie semakin mendapat sokongan terutama dikalangan ahli Umno dan parti komponen BN di negeri itu yang menyertai Warisan.

“Setiap kali program dianjurkan parti Warisan, kemasukan beramai-ramai ahli dari parti umno dan juga parti-parti lain di negeri ini.

“Pada Sabtu malam di Sandakan kita menyaksikan penghijrahan ahli dari Parti Bersatu Sabah (PBS) seramai 500 orang yang diketuai oleh pengasas parti itu Shirley Cheing pada tahun 1985 itu, untuk menyertai Warisan yang baru ditubuhkan ini,” tambah beliau.