Berurusan Dengan Barang Kawalan Tanpa Lesen Atau Permit, Dua Lelaki Masing-Masing Dipenjara Dan Didenda RM100,000 dan RM75,000

SEMPORNA : Dua lelaki termasuk seorang warga asing tanpa dokumen pengenalan diri, dijatuhkan hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini atas kesalahan memiliki dan berurusan dengan barang kawalan iaitu petrol tanpa lesen atau permit barangan kawalan dengan tujuan untuk menyalahi undang-undang.

Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman denda
RM100,000.00 dan enam bulan penjara ke atas Mahahadil Hamsali, seorang rakyat asing tanpa dokumen, selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan berurusan dengan barang kawalan iaitu 100 liter petrol tanpa lesen atau permit
di sebuah stesen minyak di Semporna.

Mahkamah sama turut menjatuhkan hukuman denda RM75,000.00 dan tiga bulan penjara ke atas seorang lagi lelaki, Muslimin Mohammad, seorang rakyat tempatan,
selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan berurusan dengan barangan kawalan iaitu 75 liter petrol tanpa lesen atau permit
di sebuah stesen minyak di Semporna.

Mahkamah turut memerintahkan agar barang kes iaitu minyak petrol
berjumlah 175 liter dan dua buah kereta sorong diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Semporna untuk dilupuskan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa KPDNHEP Cawangan Semporna, Dr. Jong Jee Leong.

Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas mengingatkan orang ramai supaya membuat permohonan secara bertulis kepada Pengawal Bekalan bagi mendapatkan permit atau permit khas jika menjalankan apa-apa perdagangan atau perniagaan dan ada dalam milikannya kuantiti minyak petrol melebihi 20 liter.

“Pejabat KPDNHEP Sabah dan KPDNHEP Cawangan Semporna ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Siasatan Jenayah,
IPD Semporna yang telah memberikan kerjasama erat serta merupakan pasukan serbuan bagi kes terbabit.

“KPDNHEP sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat serta aduan
berkaitan salah laku peniaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Georgie berkata pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran berikut:

1. Whatsapp 019-279 4317 / 019-848 8000;
2. Portal Aduan: e-aduan.kpdnhep.gov.my;
3. Call Centre 1-800-886-800;
4. Emel: [email protected] ;
5. Ez ADU KPDNHEP;
6. Hadir sendiri ke Pejabat KPDNHEP yang berdekatan;
7. Pusat Arahan Penguat kuasaan (Enforcement Command
Centre):
8. 03 – 8882 6088 / 6245;
9. Surat Rasmi ke Pejabat KPDNHEP yang berdekatan; dan
10. Bilik Gerakan KPDNHEP Negeri (senarai nombor talian sila layari portal rasmi).