Bersatu Keluar PH

Muhyiddin Yassin

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) semakin bergolak bergolak selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan keluar daripada gabungan itu.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Khas  Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu semalam.

“Semua ahli Dewan Rakyat daripada parti Bersatu juga dengan ini keluar Pakatan Harapan.

“Semua mereka telah menandatangani akuan bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara,” katanya.