BERITA TERKINI: Suspek Ditembak Mati

28160

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Enam das tembakan dilepaskan pihak polis ke arah seorang lelaki yang menjadikan kanak-kanak berumur dua tahun sebagai tebusan di sebuah rumah di Pangsapuri Telipok Ria di sini.

Tembakan tersebut dipercayai berjaya membunuh suspek, namun masih belum ada pengesahan daripada pihak polis.

Sementara itu, kanak-kanak berkenaan yang selamat namun dalam keadaan berlumuran darah telah dihantar ke hospital berdekatan oleh sebuah ambulans yang dikawal polis.