Berita BTtv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 7 Disember 2019

Bersama Hikma Juni.

* Percutian di New Zealand oleh lima sekeluarga berasal dari Putatan berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan di jalan raya Kaikoura semalam.

Dalam kejadian pukul 3.10 pagi waktu tempatan itu, kereta dinaiki semua mangsa bertembung dengan sebuah trak dari arah bertentangan.

* Di Sabah pula, empat termasuk dua kanak-kanak cedera dalam dua kemalangan berasingan di Kinabatangan dan Kunak, hari ini.

* Sabah menempah nama di pentas antarabangsa apabila buat julung kalinya melahirkan seorang juara dunia dalam acara gusti lengan. Joffey Jolly, menjuarai kategori 70 kilogram senior menewaskan 19 peserta lain dalam kejohanan gusti lengan dunia IFA 2019 yang berlangsung di Rumia, Poland hari ini.

* Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, d-b-k-k sedang memikirkan inisiatif yang lebih sistematik, untuk melupuskan sampah, seperti peletakan mesin pelupusan dan pembakar sampah mesra alam, yang menggunakan tenaga solar.

* Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP, akan bekerjasama lebih erat dengan pihak berkuasa lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin bagi mengekang aktiviti penyeludupan barang bersubsidi di negeri ini.

* Tentera Darat Malaysia kini memantau sebarang aktiviti di sempadan Sarawak Kalimantan dengan menggunakan Pesawat Tanpa Pemandu U-A-V, atau Drone.

* Polis menahan 32 individu termasuk enam warga asing atas beberapa kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah dalam Op Sarang yang dijalankan bermula 30 November hingga semalam.