Berita BTtv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 5 November 2019

76

Bersama Aza Mini Liashin.

* Sektor pertanian Sabah diperkasakan melalui pelancaran Pelan Pembangunan Pertanian 2021 hingga 2030 yang akan meningkatkan sumbangan sektor itu sehingga 40 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar K-D-N-K.

* Inisiatif   Ketua   Polis   Negara,  Tan Sri Abdul Hamid Bador menempatkan  skuad   elit   Tiger   Platun   di   Sabah,  dihargai dan disambut baik.

* Kos pemberian vaksin dan imunisasi kepada kanak-kanak warga Filipina di Sabah, akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Filipina.

* Tahap keselamatan di Sabah masih berada dalam keadaan baik, walaupun terdapat dakwaan mengenai ancaman keselamatan khususnya di Pantai Timur.

* Kemasukan rakyat Sabah ke Sarawak masih kekal menggunakan prosedur sediakala dan bukanlah masuk secara bebas.

* Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kes seorang guru Tabika Kemas yang dipukul enam sekeluarga baru-baru ini.