Berita BTtv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 30 November 2019

69

Bersama Hikma Juni.

*Kementerian Dalam Negeri menegaskan kesukaran yang dialami untuk menghantar pulang warga asing Filipina di Sabah adalah daripada golongan generasi ketiga dan keempat yang memegang sijil lahir bukan warganegara. Oleh itu tiada pembuktian yang mereka adalah warganegara Filipina serta kerajaan Filipina juga tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegara.

* Kerajaan Malaysia akan terus melaksanakan dasar untuk mempermudahkan kemasukkan pelabur ke negara ini bagi memastikan lebih banyak syarikat antarabangsa menjalankan perniagaan di Malaysia dan membantu perkembangan ekonomi negara.

* Lebih 1,000 peluang pekerjaan dari 13 buah syarikat swasta disediakan sempena Jobfair di Pusat Transformasi Bandar – Tawau, hari ini.

* Berhati-hati jika membeli ikan di Pasar Sinsuran, anda mungkin melihat luaran ikan berkenaan cantik dan segar tetapi bahagian perut sudah membusuk serta hancur.

* Dua lelaki pendatang asing tanpa izin, PATI warga Indonesia ditahan dalam Op Sarang di dua lokasi berasingan di Lahad Datu semalam selepas dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah.

* Walaupun perkembangan dunia kini telah berubah seiring dengan peredaran masa, komuniti Kampung Darau masih menggunakan sistem perdagangan pertukaran barang dalam kalangan penduduknya hingga hari ini.

* Universiti Malaysia Sabah terus memperkukuhkan kerjasama akademik di peringkat antarabangsa dengan menandatangani surat niat atau letter of intent dengan tiga institusi pendidikan tinggi dari Republik Czech.