Berita BTtv – 9 October 2019

62
Bersama Jo-Anna Sue Henley Rampas
  • 5 daripada 6 suspek yang ditahan reman, kerana disyaki terbabit kes seekor gajah Borneo yang ditemui mati dengan 70 kesan tembakan dan gadingnya dipotong di Kalabakan bulan lalu, dibebaskan dengan jaminan polis. Seorang lagi suspek dihadapkan ke mahkamah sesyen Tawau bagi pertuduhan mengikut seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1963.
  • Pengerusi Orang Utan Appeal UK, Datuk Sue Sheward menyerahkan cek RM10,000 kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah sebagai ganjaran kepada pemberi maklumat sehingga suspek pembunuh gajah Borneo ditangkap dan didakwa di mahkamah.
  • Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal memberi peringatan kepada mana mana individu untuk tidak mengambil tindakan terhadap gajah yang masuk ke kawasan mereka dan memusnahkan tanaman. Tegasnya, ia bukan lesen kepada mana mana individu untuk sesuka hati membunuh hidupan liar yang masuk ke kawasan mereka. Tindakan tegas diambil kepada mana mana pihak yang terbukti membunuh gajah Borneo di negeri ini.
  • Kerajaan Sabah mengingatkan syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar agar tidak menyisihkan kawasan pedalaman dan luar bandar untuk menikmati kemudahan itu.
  • Menteri pembangunan luar bandar, Datuk Ewon Benedick mahu jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan di Sabah mempertingkatkan lagi kerjasama dan penyelarasan bagi pelaksanaan projek pembangunan luar bandar demi kepentingan rakyat.
  • 2 lelaki ditahan bersama 40 kg ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan atau bom ikan di Semporna. Manakala di Tanjung Kubong, Labuan, sebuah bot pukat tunda bersama peralatan dan hasil laut seberat 500 kg dirampas polis Marin.