Berita BTtv 16 October 2019

87
Bersama Aza Mini Liashin.
  • Parti Bersatu Sabah PBS gagal mendapat bukti kononnya kebakaran yang berlaku di kawasan setinggan bertujuan untuk memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin, PATI. Bekas Naib Presiden PBS dan Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk, Abdul Rahman Kongkawang berkata, meskipun tiada bukti, isu itu dimanipulasi sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
  • Kerajaan Sabah akan menyerahkan geran berjumlah RM35 juta kepada 956 badan keagamaan dan sekolah bukan Islam di seluruh negeri, mulai Jumaat ini. Ia peningkatan 100 peratus penerima geran berkenaan di Sabah tahun ini.
  • Kerajaan Sabah akan meneruskan usaha untuk menyelamatkan badak Sumatra dari ancaman kepupusan meskipun percubaan menerusi kaedah persenyawaan secara In Vitro, IVF, baru baru ini, menemui kegagalan. Prosedur IVF itu akan dilakukan semula menerusi kerjasama dengan kerajaan Indonesia selepas memorandum persefahaman mengenainya ditandatangani.
  • Tenggiling dicadang untuk dikategorikan sebagai spesies dilindungi sepenuhnya di Sarawak.
  • Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah sabah, SHAREDA menggesa Bank Negara dan bank Komersial, merangka pelan untuk memperbaiki kedudukan kredit kepada pemohon skim perumahan belia BSN.
  • Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti, FACE di kampung Piasau Kota Belud bermula awal tahun hadapan, adalah antara usaha kerajaan mensejahterakan masyarakat di luar bandar.
  • Pasukan Polis Marin PPM Labuan menahan seorang lelaki warga Pakistan di perairan pulau Papan kerana disyaki menggunakan laluan laut dari Labuan untuk masuk ke Sabah dari Kuala Lumpur tanpa melalui pemeriksaan imigresen di pintu masuk sah.