Berita BTtv – 10 October 2019

42
Bersama Salbinous Saribun
  • Pembangunan mampan akan sentiasa menjadi keutamaan dalam pelaksanaan sebarang projek pembangunan di Sabah kerana persekitaran yang baik, membolehkan ekonomi negeri membangun lebih mampan dan stabil – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal.
  • Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong berkata konsep pihak berkuasa tempatan PBT hijau yang pertama di Malaysia akan dilancarkan di Nabawan dan Tongod, Januari tahun depan dan konsep itu akan diperluaskan ke semua PBT di negeri ini.
  • Menjelang pembentangan belanjawan 2020 esok, Datuk Jaujan meletakkan harapan tinggi agar lebih banyak peruntukan disalurkan untuk bidang pendidikan, kemudahan prasarana asas dan kesihatan di Sabah.
  • Bagi profesor ekonomi Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Dr Kasim Md Mansur, pembentangan belanjawan kali ini bakal merapatkan jurang ekonomi dalam kalangan isi rumah berpendapatan bawah 40 peratus, B40.
  • Migrasi dari sesebuah negara ke negara lain mampu memberikan pelbagai impak ke atas penduduk tempatan – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
  • Lembaga industri Getah Sabah, LIGS melaksanakan aktiviti ekonomi tambahan, AET dengan peruntukan RM3 juta bagi memastikan pekebun kecil memperolehi pendapatan sampingan di sebalik harga getah yang tidak menentu di pasaran global.
  • Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan bekerjasama dengan mentor pertanian negara Datuk Yap Yun Fook untuk membangunkan program mini estate sejahtera, MESEJ pertanian.
  • Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, kepakaran Datuk Yap yang juga usahawan pertanian tersohor Asia amat berguna bagi membangunkan tanah-tanah milik kementerian itu yang belum diusahakan sebagai mesej pertanian.
  • Jabatan Air Negeri Sabah, JANS melancarkankan operasi memotong semua penyambungan haram di paip miliknya di kampung Suang Parai Kota Kinabalu, pagi tadi. Penyambungan haram itu antara punca tekanan air rendah di kawasan Sepanggar.
  • Semua aktiviti mengambil batu karang di perairan Sabah untuk eksport, akan dihentikan.