Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 9 January 2020

539

Bersama Beverly Anastacia Lim.

Laporan Pilihanraya Kecil, PRK  Parlimen P176 Kimanis.

* Penganjuran himpunan bantahan terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah, PSS adalah tindakan tidak matang oleh pembangkang. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal berkata bantahan seperti itu bukan cara yang baik dan bukan budaya masyarakat serta hanya akan mengganggu proses PRK Kimanis.

* Di majlis berasingan di kampung Kiulu Baru, semalam, Ketua Menteri berkata beliau akan menyaman pihak yang sering mengeluarkan tuduhan tidak berasas dan berniat jahat ke atasnya berkaitan PSS. Datuk Seri Mohd Shafie berkata banyak dakwaan dan tuduhan tidak benar telah dilemparkan. Ini termasuk kononnya PSS dicadangkan kerajaan sekarang yang diterajui Parti Warisan Sabah. Untuk penjelasan situasi sebenar dan mengelak perkara itu daripada terus dipolitikkan pembangkang dengan pelbagai tohmahan, Datuk Seri Mohd Shafie berkata, beliau akan menunjukkan dokumen bagi membuktikan cadangan pelaksanaan Pas Residen Sementara Sabah disyorkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, RCI mengenai pendatang tanpa izin, ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional, BN. Ketika itu, Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing DI Sabah dipengerusikan oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selaku Timbalan Ketua Menteri. Menurut Datuk Seri Mohd Shafie, beliau tidak teragak agak menyaman pihak yang berterusan membuat tuduhan palsu ke atasnya, termasuk Naib Presiden Parti Bersatu Sabah, PBS, Datuk Johnny Mositun.

* Mengulas isu sama, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu, UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata PRK Kimanis bukan referendum untuk PSS. Ini kerana isu itu belum difahami sepenuhnya.

* Kepada mereka yang masih belum memahami apa itu PSS,  Penasihat MA63 kepada kerajaan Sabah, Zainnal Ajamain, mempunyai penjelasan mudah.

* Ketika mengadakan pertemuan bersama pengundi di Pusat Daerah MengundI, PDM Sinuko semalam, Datuk Seri Mohd Shafie meminta rakyat Kimanis mengundi calon Warisan bagi memastikan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 dapat terus diperjuangkan.

* Dalam ceramahnya di pekarangan Masjid Kampung Kuala Mandahan malam ini, Datuk Seri Mohd. Shafie berkata, kemenangan kepada calon Parti Warisan Sabah adalah kejayaan untuk rakyat memastikan suara mereka didengar oleh kerajaan.

* Markas BN di Pusat Daerah Mengundi, PDM, Bandau ditutup, apabila ketua markas serta kesemua 57 ahli Umno cawangan Bandau yang bertugas di PDM itu, bertindak keluar parti untuk menyertai Warisan.

* Datuk Seri Madius Tangau berkata soal dirinya pengkhianat tidak pernah timbul kerana beliau tidak pernah lari daripada UPKO.

* Pendedahan sembilan set rakaman perbualan telefon membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta beberapa individu berkepentingan dalam dan luar negara yang didedahkan

oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di negara ini.

* Proses pengusiran pendatang asing tanpa izin, PATI diteruskan. Hari ini, 71 PATI Indonesia dihantar pulang ke negara asal.

* Laluan di kedua dua arah di jalan Kundasang – Ranau menghubungkan Kota Kinabalu dan Sandakan yang runtuh 8 Disember lalu, kini dibuka semula kepada pengguna jalanraya.