Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 9 Januari 2021

Bersama Hikma Juni.

* Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama politik serta menolak campur tangan pihak luar.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, memorandum yang ditandatangani antara sembilan gabungan parti politik dalam GRS itu dilihat akan memperkuatkan lagi kerjasama yang ada.

* Ketua Menteri merangkap Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, gabungan parti dalam GRS sudah membuat satu persetujuan bahawa politik di sabah tidak akan dipengaruhi oleh pergolakan politik di tempat lain.

Beliau berkata, tidak kira apa yang berlaku di Semenanjung, Gabungan Rakyat Sabah akan sentiasa perkukuhkan kerjasama di negeri ini.

* Kerajaan Negeri sentiasa menghargai khidmat bakti dan peranan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam membantu membendung penularan Covid-19 di sabah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim berkata, anggota RELA memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan menjaga keselamatan awam, mengagih bantuan serta mendisiplinkan masyarakat agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

* Kes positif Covid-19 hari ini masih tinggi dengan 2,451 kes baharu dan lima kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, tambahan kes baharu itu menjadikan bilangan kumulatif kes di Malaysia kini 133,559 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, sabah mencatatkan 409 kes dan tiada sebarang kes kematian serta kluster baharu dilaporkan.

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 11 kes baharu dikesan dari saringan rentas negeri.

* Enam sekeluarga yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah berjaya ditangkap dalam satu serbuan yang dilakukan di Kampung Sembulan, pada khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, semua suspek ini adalah warga tempatan yang terdiri daripada sepasang suami isteri, dua anak lelaki, anak perempuan serta menantu yang berusia antara 20 hingga 66 tahun.

9th January 2020.