Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 8th July 2020

Bersama Reetasha Joanes Mijol.

* Jabatan Pendidikan Sabah difahamkan membatalkan pada saat akhir jemputan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal untuk merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah yang dijadualkan esok.

Pembatalan tersebut dipercayai melibatkan campur tangan politik memandangkan Jabatan Pendidikan terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu Kementerian Pendidikan.

Difahamkan, Jabatan Ketua Menteri, JKM Sabah baru sahaja dimaklumkan mengenai pembatalan tersebut petang tadi.

* Keputusan Kerajaan Sabah baru baru ini untuk membenarkan warga asing dari China masuk ke negeri ini, adalah bersyarat dan mengikut prosedur operasi standard SOP yang ditetapkan kerajaan, bukannya atas dasar ‘suka-suka’ membawa pelancong.

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob, menegaskan kerajaan negeri tidak membenarkan warga China datang ke Sabah untuk bekerja dengan sewenang-wenangnya.

Sebaliknya kebenaran terbabit hanya melibatkan pengurusan tertinggi atau ekspatriat yang mempunyai visa dan permit kerja sahaja.

Katanya, antara syarat dikenakan kepada golongan berkenaan ialah mereka datang dari kawasan yang diisytihar sebagai zon hijau.

* Polis Kontinjen Sabah tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai kerajaan termasuk anggotanya yang menjadi dalang kemasukan pendatang asing tanpa izin, PATI di negeri ini.

* Peniaga dan pengunjung setia pasar Tamu Donggongon meluahkan perasaan lega dan gembira dengan pembukaan semula pasar mingguan itu yang menjadi sumber rezeki kepada penduduk kampung untuk memasarkan hasil pertanian mereka, bermula hari ini.

Laporannya bersama Jennifer Tugung Michael.

* Tawau dilanda banjir kilat semalam.

Antara lokasi terjejas Kampung Pasir Putih selepas air sungai di kawasan itu melimpah kira kira 7.10 petang semalam.

Kediaman lebih 100 penduduk di Blok A dan B ditenggelami air sedalam kira kira satu meter.

Selain Pasir Putih, beberapa jalan utama seperti Batu 1 dan Batu 6, Jalan Jambatan Putih-Merotai dan Jalan Chong Thien Vun turut dilanda banjir kilat.

Keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih dua jam.

* Sabah akan bermain habis-habisan dalam baki perlawanan liga Super musim ini dalam misi untuk mengekalkan kedudukannya dalam liga.

Ketua Jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto berkata baki tujuh perlawanan nanti bagaikan perlawanan akhir buat skuad Tambadau dan beliau sudah mengingatkan para pemainnya agar sentiasa fokus berdepan cabaran pasukan lawan.

8th. July 2020