Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo 8 January 2020

Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo 8 January 2020

Bersama Beverly Anastacia Lim.

Laporan Pilihanraya Kecil, PRK Parlimen P176 Kimanis.

*Mohon maaf atau berdepan tindakan saman. Itu kata dua Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyamakan PRK Kimanis umpama Malaysia menentang Filipina.

*Di kampung Brunei malam tadi, Datuk Seri Mohd Shafie berkata beliau tidak gentar dengan kehadiran pucuk pimpinan tertinggi Umno di Kimanis untuk berkempen.
Ketua Menteri berkata, pemimpin Umno yang berada di Kimanis sebenarnya telah gagal, namun mereka masih membawa propaganda untuk mempengaruhi rakyat agar menolak kerajaan. Sebagai contoh katanya, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa gagal menewaskan PAS di Kelantan selama 40 tahun tetapi di Kimanis mereka bersuara seolah olah tidak pernah gagal.

*Pembangkang terus menimbulkan fitnah dan pembohongan ketika berkempen. Terbaharu mereka mempersoalkan kesahihan diploma calon Parti Warisan Sabah Datuk Karim Bujang, yang diperolehi dari sebuah universiti di Britain.

* Datuk Karim Bujang berkata kemunculan bekas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman yang membantu kempen Umno dan Barisan Nasional, tidak merungsingkannya. Katanya dalam sistem demokrasi, sesiapa pun boleh berkempen.

*Sementara itu, Datuk Karim menyifatkan taktik pembangkang memainkan isu Pas Sementara Sabah, PSS sebagai politik berfikiran sempit.

* Samada Pilihan Raya Kecil atau tidak, proses penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin, PATI, diteruskan. Semalam, 235 orang PATI Filipina diusir ke negara asal mereka. Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara MKN Sabah, Sharifah Siti Saleha Habib Yussof berkata sehingga kini 591, 230 orang PATI telah diusir DARI Sabah sejak 1990.

* Memasuki hari ke lima kempen, pembangkang seperti kehabisan modal. Isu berkaitan PSS serta minyak dan gas terus dijadikan bahan untuk menyerang kerajaan. Malah, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin beberapa kali mengungkapkan perkataan “bodoh” ketika membicarakan isu gas dari Sabah dalam satu sidang di media di Membakut kelmarin.

* Kerajaan Sabah berharap Menteri Pendidikan baharu yang akan dilantik menggantikan Dr Maszlee Malik, akan lebih memahami aspirasi rakyat negeri ini untuk menikmati kemudahan pendidikan lengkap dan selesa.

* Mesej tular mengenai 40 kes Influenza A, H1N1 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu adalah tidak benar kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat,
Datuk Frankie Poon.

8 Januari 2020.