Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 7 November 2019

123

Bersama Reetasha Joanes Mijol

  • Cadangan untuk mewartakan perkampungan yang didiami rakyat tempatan, dijangka dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri akan datang, bulan ini, bagi membolehkan penduduk kampung mendapat kemudahan disediakan kerajaan.
  • Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM Sabah telah bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut yang bermula akhir bulan lalu sehingga Mac 2020.
  • Pengagihan zakat kepada golongan bukan Islam tidak menjadi isu di Sabah, kerana perkara berkenaan telah diputuskan dalam Jawatankuasa Fatwa Sabah sejak 5 tahun lalu.
  • Mahkamah Sabah dan Sarawak mendapat manfaat dalam pembaharuan sistem perundangan negara, kini dilengkapi teknologi komunikasi terkini, tele-persidangan dan sidang video pada peringkat pengurusan kes.
  • Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah berjaya melahirkan  61 usahawan luar bandar di bawah Program Bimbingan Usahawan, KPLB.
  • Jika segalanya berjalan lancar, Perpustakaan Islam yang pertama di Sabah dijangka mula beroperasi, awal tahun hadapan.
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, berjaya mematahkan cubaan menyudup 1,600 karton rokok kretek bernilai RM121, 800 di perairan Sungai Tawau, lewat malam tadi.
  • Lelaki berperut buncit berusia 30 tahun ke atas berpeluang memenangi gelaran lelaki berperut buncit paling popular sambil membawa pulang hadiah wang tunai RM400, di Beaufort, 1 Disember ini.