Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 6 January 2020

125

Bersama Jennifer Tugung Michael.

* Laporan Pilihan Raya Kecil, PRK Parlimen P 176 Kimanis.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal menyelar tindakan pembangkang yang memanipulasi gambar beliau bersedekah kepada orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di masjid Datuk Pangeran Galpam Sandakan, Jumaat lalu.

* Tidak pernah dalam sejarah sambutan perayaan Krismas di Sabah, yang biasanya membabitkan aktiviti pemberian serta bertukar-tukar hadiah disalah anggap sebagai program politik.

* Bagi penduduk Kadazan Dusun Murut yang kami temui di sekitar Kimanis, pemberian hadiah ketika Krismas sudah menjadi kebiasaan sejak dulu. Sehubungan itu, tindakan pemuda Umno membuat laporan polis, dikesali . Ini kerana tidak pernah ada laporan polis dibuat mengenai perayaan Krismas dalam sejarah negara ini.

* Sementara itu pembangkang dikritik kerana mempertikaikan kelantangan Parti Warisan Sabah, Warisan menolak parti Malaya iaitu Barisan Nasional BN demi memperjuangkan hak-hak negeri Sabah. Datuk Seri Mohd Shafie berkata meskipun Warisan lantang menyuarakan hak-hak negeri dan kepentingan Sabah namun, kerajaan negeri perlukan kerjasama daripada kerajaan pusat.

* Dalam ucapannya di Bongawan malam tadi, Datuk Seri Mohd Shafie mempersoalkan kenapa baru sekarang Umno dan BN menabur janji untuk membangunkan Kimanis sedangkan hakikatnya, sudah bertahun lamanya parti itu bertapak di bumi Sabah.

* Ketua Menteri akan memanggil Jabatan Imigresen Malaysia, JIM Sabah untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian terbaharu 3 lagi pelancong China bolos di kaunter pemeriksaan lapangan terbang Tawau kelmarin.

* Lagu kempen parti Warisan yang berirama Sabah, dengan lirik undilah Datuk Karim Bujang calon Warisan di Kimanis, amat menghiburkan. Lagu itu diubahsuai dari lagu pembayaran ansur ansur, yang popular suatu ketika dahulu.