Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 30 Disember 2019

Bersama Salbinous Saribun.

* 60 penduduk menyambut kedatangan tahun baru dengan perasaan duka apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di kampung Paris 3, Kinabatangan, awal pagi tadi.

* Kerajaan akan memastikan setiap kawasan di negeri ini menerima impak pembangunan yang seimbang. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakong berkata sejajar dengan matlamat itu, pembangunan industri akan mengikut zon tertentu.

* Musim tengkujuh menjejaskan nelayan di Sarawak. Ini memaksa mereka mencari sumber pendapatan lain.

* Mengasuh, mendidik dan menjaga anak -anak istimewa memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Sebuah pusat pendidikan bagi golongan istimewa di Kuching, telah berjaya membentuk kanak kanak istimewa menjadi insan cemerlang berdasarkan potensi diri masing masing.

* Perkembangan bola sepak tempatan. Kejohanan bola sepak Alon 70an telah dilangsungkan di  Stadium Penampang kelmarin, menampilkan pemain yang lahir pada 1970an.