Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 29th July 2020

Bersama Reetasha Joanes Mijol.

* Seorang murid tahun dua sebuah sekolah rendah disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kesemua kontak kepada murid sekolah itu khususnya rakan sekelas dan keluarga telah diperintahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Sebelum ini terdapat mesej tular di media sosial menyatakan ada murid sebuah sekolah di Inanam dikesan positif Covid-19 ketika mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran.

* Patuhi prosedur operasi standard, SOP atau bersedialah untuk mengharungi semula Perintah Kawalan Pergerakan PKP.

Ingatan itu diberikan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat , Datuk Frankie Poon kepada rakyat Sabah agar terus mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan dalam SOP untuk membendung pandemik Covid-19.

Menurut beliau, langkah berkenaan amat penting kerana PKP hanya memberi implikasi negatif kepada semua pihak.

* Kerajaan kekal dengan pendirian bahawa tiada keperluan bagi laporan akhir Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia, didedahkan kepada umum.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Hanifah Hajar Taib berkata ia berikutan status dokumen itu adalah bertaraf rahsia.

Penarafan itu dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.

* Seramai 57 rakyat Malaysia dan pasangan masing-masing yang terkandas akibat sekatan perjalanan di Filipina sejak Mac lalu ekoran pandemik Covid-19, selamat pulang ke Sabah semalam.

Mereka tiba di Sandakan dengan menaiki kapal dari Zamboanga.

* 390 pendatang asing tanpa izin, PATI Filipina diusir pulang ke negara asal dengan menaiki kapal dari pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, semalam.

Ia adalah pengusiran siri ke-22 melalui laut tahun ini membabitkan PATI Filipina dan Indonesia, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan PATI yang dihantar pulang sepanjang tahun ini seramai 5,245 orang.

* Kementerian Pembangunan Luar Bandar memohon lebih banyak peruntukan daripada kerajaan negeri tahun depan agar lebih banyak program pembangunan usahawan desa dapat dilaksanakan.

Tahun ini kementerian itu memperuntukkan RM2 juta untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan keusahawanan desa dan peningkatan ekonomi masyarakat luar bandar.

29th July 2020.