Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 29 Januari 2020

43

Bersama Reetasha Joanes Mijol.

* Tiga lagi jangkitan terbaharu koronavirus dilaporkan di negara ini menjadikan kesemua tujuh kes setakat ini. Pada masa sama, kerajaan mengumumkan mahu membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang kini terperangkap di Wuhan, China. Malaysia juga berhasrat menghulurkan bantuan makanan, sarung tangan serta penutup hidung dan mulut kepada penduduk Wuhan.

* Ketika orang ramai bimbang dengan penularan wabak koronavirus, masih ada pihak tidak bertanggung jawab yang menyebarkan berita palsu mengenai virus itu. Semalam, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah menafikan khabar angin yang disebarkan kononnya seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Shanghai dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah di Likas kerana dijangkiti koronavirus. Mesej palsu itu turut menyelitkan sekeping gambar yang kononnya situasi terkini di hospital berkenaan.

* Ketika ini saintis di seluruh dunia sedang mencari vaksin untuk novel koronavirus yang kini menjadi ancaman banyak negara. Namun proses itu dijangka mengambil masa sehingga setahun kata Timbalan Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sarawak, Unimas, Dr Mohd Razip Asaruddin. Sehubungan itu orang ramai diminta mengambil langkah pencegahan dan mengutamakan kebersihan.

* Bandaraya Kota Kinabalu akan menyambut ulang tahun ke-20 dengan pelbagai aktiviti dan program  selama tiga hari bermula 31 Januari sehingga 2 Februari ini dengan pendekatan citizen centric – Mayor DBKK, Datuk Nordin Siman.