Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 28 June 2020

Bersama Hikma Juni

*Mohd. Shafie berkata, mangsa yang terjejas perlu diselamatkan dan di tempatkan di pusat pemindahan yang selesa dan mempunyai peralatan asas serta bekalan makanan yang mencukupi dan disediakan bekalan perubatan untuk mengelakkan penularan penyakit seperti kolera.

Katanya, kerajaan negeri akan memastikan setiap mangsa banjir dapat dibantu bagi memastikan kesukaran dan masalah yang dihadapi mereka dapat diringankan.

*Sebanyak 25 buah sekolah di tujuh daerah di Sabah dinaiki air berikutan hujan lebat yang turun sejak semalam.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Dr Mistirine Radin dalam satu kenyataan berkata, sekolah yang terjejas banjir itu termasuk di daerah Penampang, Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Kota Belud, Tuaran dan Beaufort.

Beliau berkata, memandangkan sekolah rendah masih belum beroperasi, namun persediaan untuk pembukaan prasekolah pada 1 Julai agak terjejas.

Bagi sekolah menengah, hanya Sekolah Menengah (SM) ST Michael Penampang yang terjejas teruk dan akan ditutup untuk sesi persekolahan esok sehingga banjir surut.

*Sementara itu, Polis Sabah menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan mendengar arahan pihak berkuasa demi keselamatan masing-masing ketika berdepan dengan banjir.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, dalam situasi ini, keselamatan nyawa manusia adalah lebih penting daripada harta benda.