Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 27 June 2020

Bersama Hikma Juni

*Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dipilih sebagai calon Perdana Menteri dalam pertemuan pemimpin Pakatan Harapan Plus (PH Plus) di Rumah Tetamu Sabah, Kuala Lumpur kelmarin.

Dr. Mahathir berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir masing-masing dicadangkan sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan Timbalan Perdana Menteri 2.

*Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong berkata, kemampuan mentadbir dan pengalaman lebih tiga dekad dalam tujuh kementerian berbeza membuktikan  Mohd Shafie. layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri.-

*Seorang lagi Naib Presiden Warisan, Datuk Jaujan Sambakong berkata, kewibawaan dan pengalaman luas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam pentadbiran negara melayakkannya untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.

*Dalam isu berlainan, Munirah yang juga Ketua Bahagian Warisan Kota Belud mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menjadi ahli Warisan di kawasan Parlimen Kota Belud.

Katanya, Warisan tidak menghalang mana-mana individu menyertai parti itu, malah mengalu-alukan sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan bangsa.

*Penyakit kolera atau taun yang berpunca daripada persekitaran kotor serta penyediaan makanan yang tidak selamat kembali dikesan di negeri ini membabitkan empat daerah yang dilanda wabak.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaporkan wabak tersebut berlaku di Kota Kinabalu melibatkan 10 kes,  Putatan (dua kes) dan masing-masing satu kes di Tuaran serta Semporna.

*Hanya kerana RM5, nyawa seorang peniaga kedai runcit melayang selepas dipukul oleh beberapa suspek dalam kejadian di Kampung Pulau Penampang, Jalan Sulaman, Manggatal, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada beberapa suspek yang tidak berpuas hati dengan wang baki yang diterima anak mereka selepas membeli barang di kedai runcit milik mangsa.