Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 27 Februari 2021

Bersama Hikma Juni.

* Malaysia hari ini menerima vaksin Covid-19 keluaran Sinovac yang diterbangkan dari Beijing, China menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH319.

Pesawat Airbus 330-300 yang membawa vaksin Covid-19 dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter itu, mendarat pada kira-kira 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Vaksin Covid-19 yang dibangunkan firma farmaseutikal China, Sinovac itu boleh diproses menjadi lebih 300,000 dos untuk keperluan Malaysia.

* Kes positif baharu COVID-19 di Sabah meningkat buat hari kedua berturut-turut dengan 157 kes dilaporkan hari ini, berbanding 129 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif kini 52, 752 kes.

Buat hari ketiga berturut-turut, daerah pedalaman Nabawan mencatatkan bilangan kes tertinggi dengan 65 kes hari ini, sebahagian besar daripadanya dari Kluster Sinsingon, diikuti Keningau 38 kes dan Kota Kinabalu 18 kes.

12 daerah di Sabah tidak mencatatkan sebarang kes positif hari ini manakala 8 daerah lagi hanya mencatatkan 1 kes.

Tiada kes kematian dan tiada kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini.

* Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah, Shareda di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, PPNS, semalam.

Shareda turut memberi taklimat kepada Hajiji berhubung isu, cabaran dan masa depan sektor hartanah di Sabah dalam mendepani pandemik Covid-19.

* Seorang balu berusia 62 tahun yang sebelum ini tinggal di ‘sulap’ yang diperbuat daripada daun keladi dan dahan kayu akhirnya mendapat rumah baharu yang lebih selesa menerusi gotong-royong penduduk Kampung Lembah Permai, Kundasang.

* Pesakit Talasemia major, Neowell Vann Houtton Mussley menerima sumbangan wang tunai dan barangan makanan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, YADIM.

* Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan di sebuah kondominium di Kota Kinabalu, Khamis lalu bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM11,971.80.

27th February 2021.