Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 26 September 2020

* Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal menghargai sokongan pengundi kepada Warisan dalam Pilihan Raya Negeri, PRN Sabah ke 16.

Datuk Seri Mohd Shafie berkata dengan 29 kerusi DUN yang dimenangi dalam PRN Sabah, Warisan adalah parti tunggal yang mendapat bilangan kerusi terbanyak.

Warisan Plus memenangi 32 daripada daripada jumlah keseluruhan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN dalam Pilihan Raya Negeri, PRN Sabah ke 16.

Daripada jumlah itu, Parti Warisan Sabah memenangi 29 kerusi, Parti Keadilan Rakyat dua kerusi dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, UPKO satu kerusi.

Perikatan Nasional memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional 14 kerusi dan Parti Bersatu Sabah tujuh kerusi.

Manakala, tiga kerusi lagi dimenangi oleh calon Bebas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, S-P-R Datuk Abdul Ghani Salleh berkata bagi P-R-N Sabah kali ini, 66.1 peratus atau 749,083 pengundi telah turun menunaikan tanggungjawab mengundi, iaitu 66.61 peratus daripada sejumlah 1.124 juta pengundi berdaftar.

* Proses pengundian berjalan lancar di 741 pusat mengundi di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN, sepanjang tempoh mengundi dibuka pada 7.30 pagi sehingga 5 petang tadi, tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Terdapat juga pusat pengundian di beberapa kawasan ditutup lebih awal kerana jumlah pengundi tidak ramai. Ada ditutup pada 2 petang dan ada juga ditutup pada 3 petang.

Setelah pusat mengundi itu ditutup, maka bermulalah proses pengiraan undi.
Seramai 447 calon daripada 15 parti termasuk 56 calon Bebas, bersaing untuk merebut 73 kerusi DUN, dengan 13 kerusi baharu ditawarkan pada pilihan raya ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali dalam satu sidang media di Papar siang tadi berkata, proses perjalanan P-R-N Sabah berjalan lancar.

* Presiden Parti Warisan Sabah, Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal dengan ditemani isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib, mengundi di Sekolah Kebangsaan Bubul, Semporna.

Pemimpin Warisan Plus di seluruh pelusuk negeri, turut menunaikan tanggungjawab mengundi sempena PRN Sabah Ke-16.

* Dalam kesibukan orang ramai keluar mengundi, ada juga tidak dapat berbuat demikian kerana kejadian luar jangkaan.

Tayar kenderaan pancit menjadi punca utama seorang perunding kecantikan gagal membuang undi selepas tiba di Kolej Vokasional Tawau jam 5.08 petang tadi.

Lebih menyedihkan Hanimah Hashim, 43, terpaksa menempuh perjalanan selama lebih sembilan jam dari Kota Kinabalu ke Tawau untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

* Tempoh dua jam terakhir sebelum pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang menyaksikan pengundi Sabah terus komited menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan negeri baharu.

Komitmen ini dapat dilihat melalui peratusan keluar mengundi yang terus meningkat dari masa ke masa sejak proses pengundian bermula pada jam 7.30 pagi.