Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 26 January 2020

41

Bersama Hikma Juni.

* Usaha mencegah penularan wabak novel koronavirus (2019-nCoV) di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal berkata kerajaan Sabah akan terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan semua pelancong yang masuk dan keluar dari negeri ini, menjalani saringan kesihatan.

* Datuk Seri Mohd Shafie mahu Sabah memberi fokus untuk menarik kedatangan lebih banyak pelancong dari Eropah dan negara lain, selepas mengambil kira situasi  di Wuhan, China.

Katanya, apa yang berlaku di Wuhan sedikit sebanyak akan menjejaskan ketibaan pelancong China ke Sabah. Maka, tiba masanya untuk kerajaan memberi fokus kepada pasaran lain.

* Di Semporna malam tadi, Ketua Menteri berkata  terdapat keperluan mengagihkan peralatan pencegahan seperti penutup hidung dan mulut, sarung tangan serta pencuci tangan atau sanitizer untuk petugas di pintu masuk ke Sabah. Ia bagi kegunaan anggota penguatkuasa yang memeriksa warga asing khususnya dari China.

* Ketua Menteri mahu rakyat Sabah mengenepikan perbezaan agar setiap perayaan dapat disambut dalam suasana aman dan harmoni.

* Ini pula keharmonian yang ditunjukkan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Di Kuching, setiap kali musim perayaan, pemilik sebuah kedai runcit di jalan Datuk Ajibah Abol akan menghiasi premisnya dengan tema perayaan utama di negara ini.

* Polis Sabah akan menyemak semula permohonan lesen pemilikan raifal selepas menerima arahan selanjutnya, bagi mengelak senjata api itu di salah guna oleh pemburu haram.

* Di Beluran, lain yang dicari, lain pula yang ditemui. Sepasukan penguatkuasa khas Jabatan Perhutanan Sabah atau PROTECT yang melakukan operasi cegah aktiviti  pemburuan haram, berjaya menahan tiga individu mencurigakan yang kemudiannya dikenal pasti sebagai penyeludup rokok.