Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 25 Januari 2020

Bersama Aza Mini Liashin.

*Tiga warga China sah dijangkiti koronavirus di Johor*

* Malaysia menjadi negara terbaru merekodkan koronavirus selepas tiga warga China yang memasuki Johor dari Singapura disahkan dijangkiti wabak antarabangsa itu.

* Daerah Kudat dijangka terus membangun pada masa akan datang dengan kemasukkan pelaburan serta perkembangan sektor pelancongan.

* Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri berjaya merampas beberapa bahagian hidupan liar dan juga pelbagai spesies haiwan terancam dalam dua serbuan Op Bersepadu Khazanah di lokasi berbeza Rabu lalu.

* Pihak berkuasa Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) meneruskan operasi membanteras beberapa penempatan di Semporna yang disyaki menjadi kawasan persembunyian Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

* Beberapa kawasan panas di sekitar Kota Kinabalu digempur Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sepanjang minggu lalu bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah daripada terus berlaku.

* Datuk Wira Md Sidek Ahmad dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaysia Sabah (ums) berkuat kuasa 10 Januari 2020 hingga 9 Januari 2023.

* Fenomena ‘hutan kristal’ melanda kawasan panalaban di Gunung Kinabalu berikutan suhu sejuk yang mencecah negatif dua darjah Celcius sejak beberapa hari lalu.