Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 24 March 2021

Bersama Salbinous Saribun.

* Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Hal Ehwal Islam, JaPHEIS mampu mengekang masyarakat daripada terlibat dengan fahaman ekstremis yang boleh mewujudkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata kesederhanaan dalam beragama itu amat ditekankan
memandangkan negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Beliau berkata, JaPHEIS bukan hanya mewakili suara komuniti Islam tetapi juga kerajaan negeri dalam hal ehwal agama Islam.

* Kes positif baharu Covid-19 di Sabah menurun dengan 45 kes dilaporkan hari ini berbanding 60 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif kini 54, 400 kes.

Tiada kes kematian dan kluster baharu dilaporkan di Sabah, hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata daerah Kota Kinabalu merekodkan kes positif baharu tertinggi dengan 12 kes hari ini.

* Labuan mencatat kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 tertinggi pada 1.82, setakat semalam, berbanding Rt 0.98 untuk seluruh negara.

* Polis Sabah terus memperketatkan kawalan di sempadan perairan negara susulan terdapat cubaan kemasukan anasir luar ke negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya menerima makluman mengenai cubaan itu hasil kerjasama rapat dengan pasukan keselamatan Filipina dan Indonesia.

Beliau berkata, antara maklumat yang diperoleh termasuk pergerakan anasir luar di kawasan perairan Sabah di Laut Sulu dan Laut Celebes, Indonesia.

* Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Matunggong, Datuk Julita Majungki akan terus berusaha agar cadangan mewujudkan Balai Polis di Pekan Kecil Matunggong dapat direalisasikan.

Beliau berkata, sehingga hari ini, Pekan Matunggong masih tidak mempunyai balai polis dan penduduk terpaksa bergantung kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat.

24th March 2021.