Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 23 Februari 2020

Bersama Hikma Juni.

* Polis masih menyiasat penemuan misteri tiga pergelangan kaki manusia di belakang sebuah bengkel lori di Pelabuhan Sepanggar, petang Jumaat lalu. Siasatan dijalankan oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dibantu pasukan Forensik termasuk unit anjing K9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji meminta orang ramai yang tinggal di lokasi berhampiran yang kehilangan anak atau sebelum ini pernah mengebumikan anak mereka supaya memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Polis akan melakukan siasatan daripada semua aspek bagi mengenal pasti identiti milik tapak kaki itu. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

* Dua anggota polis berpangkat Koperal akan diambil tindakan tatatertib kerana dipercayai bertanggung jawab menularkan gambar seorang kanak kanak warga Palauh yang digari. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass, berkata kejadian itu membabitkan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Lahad Datu dan seorang rakannya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau.

* 1,200 pelajar sekolah menengah dan rendah di Semporna menerima sumbangan berjumlah

RM12,000 di program Ceria ke Sekolah anjuran Tenaga Nasional Berhad, di Semporna, yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, semalam.

* Lebih banyak acara sukan bertaraf dunia perlu dianjurkan di Sabah untuk merangsang pertumbuhan industri pelancongan negeri, kata Menteri Belia dan Sukan, Phoong Jin Zhe.

* Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah apabila sebuah kereta Perodua Kancil hilang kawalan lalu merempuh pokok di kampung Bakut, Tuaran, pagi tadi. Impak kemalangan berkenaan menyebabkan kenderaan itu  terputus dua.

*  Operasi membanteras pendatang asing tanpa izin, PATI di pusat bandaraya Kota Kinabalu diteruskan. Tiga PATI Filipina, ditangkap dalam Op Bersepadu PATI, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata Op Bersepadu PATI  tertumpu di sekitar kawasan dimana kadar pertumbuhan PATI menyumbang kepada kegiatan jenayah di daerah Kota Kinabalu.