Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 21 January 2020

481

Bersama Beverly Anastacia Lim.

* Sekolah Kebangsaan, SK Stella Maris, Tanjung Aru menjadi sekolah pertama di Sabah ditutup berikutan enam muridnya disyaki dijangkiti virus Influenza A, H1N1.

* Sementara itu, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon berkata, kes H1N1 berkenaan bukanlah serius dan masih terkawal. Penutupan SK Stella Maris hanyalah untuk langkah pencegahan.

* Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelak dijangkiti virus Influenza A, H1N1.

* Kerajaan pimpinan Parti Warisan Sabah bertekad untuk terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di Kimanis dan seluruh negeri Sabah. Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal memberi jaminan kerajaan juga akan meneruskan usaha memperbaiki ekonomi, sistem pendidikan dan pembangunan infrastruktur di Sabah.

* Ketua Menteri menerima kunjungan hormat daripada Duta Norway ke Malaysia, Gunn Jorid Roset di pejabat beliau di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah hari ini.

* Bunyi letupan disusuli percikan api, akibat litar pintas mencemaskan lebih 100 kakitangan dan pesakit Hospital Semporna, malam tadi.

* Pelan Induk Pembangunan Kadamaian (2020-2035) bertujuan membawa pembangunan yang lebih pesat di kawasan luar bandar – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedick.

* Sabah meletakkan harapan tinggi untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia, SUKMA 2022 – Menteri Belia dan Sukan, Phoong Jin Zhe.