Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo 2 November 2019

117

* Sabah dijangka mencatat pertumbuhan KDNK 5.1 %, tahun depan.

* Aspek keselamatan tidak akan diabaikan dalam proses penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin, PATI ke negara asal dari Sabah.

* Ketua Menteri berkata belia dan graduan universiti boleh berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan pertanian dengan memanfaatkan kekayaan sumber semulajadi di Sabah.

* Ketua Menteri menyertai acara berbasikal sempena hari jadi rasmi ke 66, Yang di Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

* Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah dan Ahli Parlimen Sandakan turun padang bersama 2,000 penduduk dalam program Gotong Royong Perdana Komunitiku Sihat di Kampung Sim-Sim, Sandakan hari ini yang terkenal dengan jolokan sebagai kampung sampah kerana longgokan sampah sarap yang menggunung.

* 15 juta ringgit diluluskan bagi menaiktaraf tapak Pesta Apau Koyan di Sungai Asap, Belaga untuk  memartabatkan seni dan warisan budaya etnik Sarawak khususnya masyarakat Orang Ulu.

* Penganjuran Pesta Bundle memberi impak besar kepada pembangunan dan peningkatan ekonomi negara kerana ia menggalakkan belia berkecimpung dalam bidang perniagaan secara kecil kecilan sekali gus dapat meningkatkan ekonomi mereka.

* Polis memburu 2 lelaki dalam satu kes samun bersenjata di kedai runcit, Bandar Wilayah, Lahad Datu awal pagi kelmarin. Kejadian itu dirakamkan kamera litar tertutup, CCTV.

* Warga emas berusia 95 tahun antara 48 ditahan dalam operasi Narkotik di Kota Kinabalu.