Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 19 January 2020

656

Bersama Reetasha Joanes Mijol.

* Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal memberi jaminan semua perkara yang dijanjikan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis akan ditunaikan walaupun pembangkang memenangi kerusi itu.

* Dalam sidang media selepas itu, Ketua Menteri turut ditanya mengenai Pas Sementara Sabah, PSS yang dikatakan ditolak rakyat Kimanis. Datuk Seri Mohd Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah, berkata perkara itu akan diperincikan selepas perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri. Punca kekalahan Warisan di PRK Kimanis akan turut diperhalusi.

* Tentera Darat Malaysia, TDM sentiasa bersedia melaksanakan arahan atau polisi kerajaan berkaitan aspek keselamatan di sempadan sebagai persediaan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur.

* Daerah Beaufort akan mendapat Balai Bomba dan Penyelamat baharu dengan peruntukan RM6.3 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

* 3 blok rumah kongsi di Skim Penempatan Telipok, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

* Sabah memerlukan lebih 100,000 vaksin polio dalam usaha menghentikan penularan virus itu.