Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 17 January 2020

473

Bersama Aza Mini Liashin.

Laporan Pilihan Raya Kecil, PRK Parlimen P176 Kimanis.

* Putih atau Biru? Parti Warisan Sabah atau Barisan Nasional, BN?

Esok seramai 29,664 pengundi berdaftar akan memilih siapa wakil rakyat mereka dalam PRK Parlimen Kimanis. Ikuti analisis wartawan RodelIo JT.

* Bagi calon Parti Warisan Sabah, Datuk Karim Bujang, esok adalah peluang keemasan bagi pengundi Kimanis untuk mencorakkan masa depan lebih cerah dan tidak ketinggalan dari arus pembangunan perdana. Katanya, banyak kerugian akan dialami rakyat Kimanis jika memilih wakil rakyat pembangkang iaitu Barisan Nasional, BN, kerana kawasan pembangkang tidak akan mendapat perhatian kerajaan.

* Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal menyeru rakyat Kimanis memikirkan tentang masa depan mereka dengan mengundi calon Parti Warisan Sabah, esok. Presiden Warisan itu berkata, melihat kepada sokongan yang diterima sepanjang kempen, beliau yakin Warisan akan memperoleh kemenangan.

* Ketika berucap dalam program Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Daerah Mengundi Dindong, Membakut, kelmarin, berikut ingatan Ketua Menteri kepada lebih pengundi Kimanis – Buktikan undi dan maruah rakyat Kimanis bukan bernilai RM100 atau RM200 sahaja. Tegasnya, jangan biarkan wang pemberian BN yang tidak seberapa jumlahnya itu merosakkan masa depan anak muda yang mahukan lebih banyak peluang pekerjaan dan pembangunan di Kimanis.

* Penduduk Bongawan kini menikmati internet berkelajuan tinggi menerusi pelancaran perkhidmatan Unifi di pekan Bongawan, kelmarin.

* Kami sudah hilang kepercayaan kepada UMNO dan BN. Kami bersatu hati keluar UMNO dan menyatakan sokongan kepada calon nombor dua, Datuk Karim Bujang esok – Itu kata kata 156 ahli UMNO dari 2 cawangan di Membakut yang bertindak keluar parti dan menyertai Warisan hari ini.

* Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, meminta jentera pilihanraya parti itu untuk terus meningkatkan momentum mendekati rakyat sehingga tamat tempoh berkempen, tengah malam ini. Teras kempen UPKO, memastikan kesemua lebih 4000 ahli parti itu mengundi calon nombor dua, Datuk Karim Bujang, esok.

* Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata hasil kerja keras dan dasar mengutamakan rakyat oleh Ketua Menteri memberikan maklum balas positif sepanjang kempen PRK Kimanis berlangsung.

* Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR Datuk Azhar Azizan Harun memberi jaminan pemasangan kamera video di semua saluran mengundi tidak akan mengganggu kerahsiaan pengundi bagi PRK Parlimen Kimanis. Beliau berkata, apa yang direkodkan hanya untuk kegunaan SPR dan posisi kamera akan menjaga kerahsiaan pengundi pada setiap masa.

* SPR mengingatkan pengundi PRK Parlimen Kimanis agar turun mengundi lebih awal esok.