Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 16 Disember 2019

Bersama Salbinous Saribun.

* Gendang Pilihan Raya kecil, PRK Parlimen P 176 Kimanis dipalu hari ini. Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR menetapkan 4 Januari tahun hadapan sebagai tarikh penamaan calon manakala hari mengundi ditetapkan pada 18 Januari. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun membuat pengumuman berkenaan selepas mesyuarat khas di ibupejabat SPR di Kuala Lumpur hari ini.

* Di Putrajaya, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, berkata, persiapan menghadapi PRK Kimanis telah dilakukan lebih awal.

* Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman membuat penjelasan panjang lebar di Dewan Negara hari ini mengenai beberapa persoalan dan kebimbangan ditimbulkan berhubung Pas Sementara Sabah, PSS. Tegasnya pemegang PSS tidak layak memohon kewarganegaraan. Dokumen itu juga tidak dikeluarkan sewenang wenangnya kepada rakyat asing termasuk yang baru tiba di Sabah.  Katanya di Sabah, hanya 136, 055 pemegang dokumen IMM 13, sijil banci dan kad Burung Burung layak memohon PSS, dan bukannya 600,000 seperti dilaporkan sebelum ini.

* Datuk Mohd Azis turut menjelaskan cadangan  dan langkah awal memperkenalkan pas khas bagi pengurusan warga asing di Sabah sebenarnya sudah dimulakan kerajaan terdahulu sejak Julai 2015, dikenali Pas Residen Sementara Sabah. Katanya sebelum PSS dilaksanakan pada 1 Jun 2020, konsultasi dan sesi penerangan untuk rakyat Sabah akan dibuat bagi mengelakkan sebarang keraguan. Katanya penyelesaian tuntas masalah pendatang tanpa  izin  di Sabah  memerlukan kesungguhan politik.

* Meskipun dalam keadaan lemah kerana baru bersalin, seorang wanita terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira 5 kilometer, meredah kawasan tanah runtuh sepanjang 3 kilometer dan sungai selebar 30 meter untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan Bongawan dari kampung Maihang, Ulu Bongawan, di Papar, kelmarin. Bayi yang masih bertali pusat juga terpaksa dibawa mengharungi perjalanan memeritkan itu. Ibu dan bayi itu terpaksa mendapatkan bantuan Angkatan Pertahanan Awam berikutan jalan masuk ke kampung itu terputus akibat tanah runtuh hingga tidak dapat dimasuki kenderaan ekoran hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

* Hanya 78, 952 pekerja asing di Sabah didaftarkan dalam Skim Bencana Kerja Pekerja Asing Pertubuhan Keselamatan Sosial,PERKESO sehingga September.

* Mahu menghasilkan album duet atau membuat persembahan dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Itu impian penyanyi Indonesia yang kian meningkat naik, Andmesh Kamaleng. Laporannya bersama Aza Mini Liashin.