Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 15 January 2020

Bersama Hikma Juni.

Laporan Pilihan Raya Kecil, PRK Parlimen P176 Kimanis.

* Tempoh tiga hari terakhir kempen digunakan sepenuhnya calon Parti Warisan Sabah, Datuk Karim Bujang untuk bertemu setiap pengundi di segenap ceruk dan pelusuk Kimanis dalam usaha meyakinkan mereka mengundi parti Warisan, Sabtu ini.

* Sementara itu, Datuk Karim berkata, beliau berpuas hati dengan gerak kerja jentera Warisan sepanjang 11 hari tempoh berkempen dan berharap hasil kerja keras itu akan berhasil apabila Warisan memenangi PRK Parlimen Kimanis.

* Suruhanjaya Pilihan Raya,  SPR memberi jaminan penggunaan kamera video di saluran mengundi pada hari pengundian 18 Januari ini tidak akan menjejaskan kerahsiaan proses undian – Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun.

* Masyarakat Kadazandusun Murut, KDM khususnya di kawasan pedalaman di Kimanis yang disisihkan kerajaan terdahulu, kini  semakin menyokong  calon parti Warisan, Datuk Karim Bujang. Ini kerana mereka menyedari nasib dan masa depan mereka akan lebih terbela apabila diwakili pemimpin dari parti kerajaan berbanding dari Barisan Nasional, BN – Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

* Pengundi di Kimanis perlu memberi peluang kepada calon Parti Warisan Sabah untuk menang dalam PRK Parlimen Kimanis demi kesinambungan pembangunan untuk manfaat rakyat, kata Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

* Rakyat Kimanis diingatkan supaya membuat keputusan yang betul dengan menyokong calon Parti Warisan Sabah jika ingin melihat perubahan dan pembangunan di kawasan Parlimen Kimanis – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim .

* Kira kira 100 penduduk Kampung Simpang Kiri, Ulu Kimanis berharap wakil rakyat yang dipilih dalam PRK Parlimen Kimanis akan mendengar permasalahan mereka mengenai pelbagai isu dan keperluan termasuk permohonan geran tanah kerana kini mereka hanya menumpang di tanah kerajaan sejak 1988.

* Polis menahan seorang lelaki ketika Perhimpunan Solidariti untuk Membantah Pas Sementara Sabah, PSS di Pekan Lama Membakut,  pagi tadi. Difahamkan lelaki itu membawa parang yang diperbuat daripada kayu.

* Kehadiran kelompok peserta dalam perhimpunan membantah PSS menyebabkan pengunjung tidak datang ke pasar tamu Membakut  kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing, sekaligus menjejaskan peniaga di pasar tamu berkenaan.

* Proses pengusiran pendatang tanpa izin, PATI diteruskan. Semalam, 181 PATI Filipina diusir pulang.

* 6 PATI Filipina ditahan dalam Ops Bersepadu di Kota Kinabalu, semalam.