Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 14 November 2019

118

Bersama Reetasha Joanes Mijol.

  • Sabah mengambil sikap terbuka dengan  pelaksanaan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPSMI, kepada semua murid tahun 1 di negeri ini, tahun hadapan.
  • Sabah mencatat peningkatan signifikan pesakit diabetes. Berdasarkan rekod Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, bilangan pesakit diabetes di Sabah meningkat kepada 252,000 orang pada 2015 berbanding 165,000 orang pada 2011.
  • Lebih 200 sukarelawan bergotong royong membersihkan pekan Donggongon, yang pertama dalam tempoh 30 tahun sejak pekan itu dibuka. Pekan Donggongon kini tidak lagi kotor dan berbau busuk.
  • Sabah berada di landasan tepat untuk mengetuai negara lain di dunia dalam melaksanakan konservasi hutan. WWF Malaysia turut menghargai usaha kerajaan Sabah menubuhkan Koridor Hidupan Liar yang mengurangkan konflik manusia dan gajah serta kerugian yang ditanggung akibat kerosakan di kawasan perladangan.
  • Pelancongan luar bandar berasaskan komuniti semakin popular di Sabah. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedick menggalakkan penduduk kampung supaya mengusahakan produk pelancongan berkenaan di kampung masing-masing.
  • Cabaran fizikal dan mental pekerja pembersihan struktur luar bangunan tinggi yang terpaksa mengadai nyawa setiap kali melakukan tugasan itu.
  • Persatuan Golf Sabah, SGA, mensasarkan penyertaan 100 pemain remaja bagi kejohanan 13th Sabah International Junior Masters pada 11 hingga 13 Disember ini.