Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 14 January 2020

Bersama Hikma Juni.

Laporan Pilihan Raya Kecil, PRK Parlimen P176 Kimanis.

* Buat pertama kali sepanjang kempen, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal menunjukkan dokumen laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja, RCI mengenai warga asing di Sabah. Ia disaksikan lebih 3,000 pengundi yang hadir dalam program Himpunan Anak Muda Kimanis di Bongawan Plaza, malam tadi.

* Ketua Menteri turut menunjukkan dokumen mengenai penglibatan syarikat Kekal Mewah, milik orang kenamaan di Kimanis yang mendapat projek bernilai RM567 juta melalui salah guna kuasa dalam projek lebuh raya Pan Borneo.

* Bagi mereka yang masih belum memahami apa itu Pas Sementara Sabah, PSS, Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman membuat penerangan secara terperinci di Bongawan malam tadi.

* Parti Warisan Sabah terus mendapat kepercayaan rakyat Kimanis apabila 614 ahli UMNO  daripada 11 cawangan di Binsulok mengisytiharkan keluar parti untuk bersama Warisan.

* Kekuatan ikatan perpaduan di Sabah mampu menepis cubaan BN dan PAS untuk membina tembok perkauman di Sabah kata Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

* Proses pengundian  awal bermula hari ini di Bilik Gerakan Balai Polis Membakut. Hanya 8 daripada 9 atau 88.9 % pengundi awal, hadir untuk mengundi, pagi tadi. Laporannya bersama Suraidah Roslan

* Setakat hari ke 11 kempen PRK Kimanis, 6 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan yang melanggar Akta Pilihan Raya.

* Ini pula bukan di Kimanis, tetapi di Kota Marudu. Penderitaan penduduk kampung Mahung,  yang terpaksa bergadai nyawa menyeberangi sungai dengan meniti saluran paip setiap kali musim banjir bakal berakhir tidak lama lagi. Perancangan kerajaan membina jambatan konkrit di kampung itu bermula tahun ini memberi nafas lega kepada penduduk di kampung berkenaan.