Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 14 Disember 2019

81

Bersama Hikma Juni.

* RM20 juta diperuntukkan Kerajaan Persekutuan  bagi pembangunan Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Membakut bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Beaufort dan kawasan sekitarnya sejak sekian lama. Ketua Menteri,  Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal berkata Pelan Induk itu akan dilaksanakan mulai tahun hadapan.

* Menjelang Pilihanraya Kecil, PRK Parlimen P 176 Kimanis. Datuk Seri Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan,  Sabah, Warisan berkata, calon PRK Kimanis belum ditentukan namun parti itu akan meletakkan calon yang boleh menang. Pemimpin dan ahli parti diingatkan untuk bekerja keras.

* Rang Undang-Undang, RUU bagi menubuhkan Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah akan dibentangkan, Mac tahun hadapan. Ia sebagai langkah memastikan pengurusan bekalan gas dan elektrik di negeri ini dapat dilakukan dengan baik.

* Tindakan Tan Sri Musa Aman yang asyik menyaman Datuk Seri Mohd Shafie, tidak akan mengugat usaha Ketua Menteri mentadbir Sabah dengan baik.

* Di satu majlis di Penampang malam tadi, Datuk Seri Mohd Shafie berkata kerajaan Sabah sedang meneliti  inisiatif terbaharu dari Petronas, termasuklah dalam  aspek pembangunan  aktiviti  hiliran minyak dan gas yang akan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

* Sempena Krismas, Ketua Menteri menyeru semua kaum turut meraikan perayaan itu bersama rakan-rakan beragama Kristian untuk menyuburkan amalan saling menghormati di kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.

*  Kementerian Pembangunan Infrastruktur akan mengenal pasti kaedah bagi mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh di Sabah pada masa akan datang. Ini termasuk pembinaan terowong di kawasan lereng bukit. Menterinya, Datuk Peter Anthony berkata, kaedah itu dilihat tidak akan mengganggu struktur tanah di kawasan berbukit.

* Seorang lelaki berusia 38 tahun berjaya ditahan polis di lokasi kejadian ketika cuba menyamun seorang pemandu teksi berusia 66 tahun di Batu 5 Jalan Sibuga, Sandakan, kelmarin.