Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 13 November 2019

68

Bersama Jo-Anna Sue Henley Rampas

* Seorang pengurus ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Tawau atas pertuduhan gagal menyerahkan hasil haiwan dilindungi iaitu gading Gajah Borneo. Jika sabit kesalahan, tertuduh Jaifol Lion berdepan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 ribu atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Di Mahkamah sama, 3 lelaki diarahkan hadir Jumaat ini bagi pertuduhan memiliki atau bersuhabat memiliki gading Gajah Borneo.

* Pasukan Polis Marin menahan 3 kapal pukat tunda dan 2 warga filipina sepanjang 4 hari Ops Bersepadu di perairan Sabah, bagi menangani pencerobohan nelayan dan aktiviti pengeboman ikan di kawasan pelantar minyak.

* 39 warga China yang terbabit dalam sindiket penipuan Macau Scam sehingga menyebabkan kerugian RM1.4 juta, didakwa di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu atas kesalahan Imigresen, kelmarin.

* Ahli Majlis Daerah Penampang sedang berusaha menyediakan pengasingan sisa buangan plastik untuk dijadikan bahan komposit untuk pembinaan atau batu bata plastik, Eco Bricks. Di Sarawak, pelajar Universiti Institut Teknologi Lim Kok Wing Kuching melancarkan kempen Reuse or Refuse di sepanjang Tebingan Kuching.