Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 13 January 2020

Bersama Hikma Juni.

Laporan Pilihan Raya Kecil, PRK Parlimen Kimanis.

* Sembilan pengundi awal, melibatkan anggota polis akan mengundi di Bilik Gerakan Balai Polis Membakut, yang dibuka mulai 8 pagi sehingga  12 tengah hari, esok. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata semua peti undi  bagi pengundian awal akan disimpan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort. Pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian pada 18 Januari di pusat pengiraan undi berkelompok di Bilik Mesyuarat 2, Pejabat Daerah Beaufort. SPR akan menyiarkan proses pengundian awal secara “live streaming” menerusi Facebook SPR.

* Penerangan dan ceramah berterusan Parti Warisan Sabah berjaya meningkatkan sokongan rakyat Kimanis termasuk pengundi Kadazan Dusun Murut, KDM kepada calon Warisan, Datuk Karim Bujang –  Naib Presiden Parti Warisan Sabah,  Warisan,

Datuk Peter Anthony.

* Hari ini di Membakut, lebih banyak kawasan biru diputihkan. 50 ahli UMNO diketuai Timbalan Ketua Cawangan UMNO Kampung Madang, Lasiung Simban, 66 mengisytiharkan keluar parti dan menyertai parti Warisan. Serentak dengan keputusan itu, mereka bertindak menurunkan bendera, kain rentang dan poster calon BN, Datuk Mohamad Alamin dan digantikan dengan lambang, bendera dan poster calon  Warisan,  Datuk Karim Bujang.

Mereka juga menanggalkan baju BN yang dipakai sambil mengungkapkan kata kata “BN dan UMNO balik Malaya”.

* Pembenihan ikan di laut, berpotensi dibangunkan di Kimanis. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal  berkata ia antara langkah yang dapat membantu nelayan tradisional menjana hasil pendapatan secara berterusan biarpun ketika musim tengkujuh.

* Masyarakat nelayan di Kimanis meminta kerajaan memberi perhatian kepada masalah muara sungai cetek, permohonan memasang lampu menggunakan tenaga solar serta bantuan enjin sangkut selepas enjin yang dibeli dari Ko-Nelayan, dicuri. Nelayan juga mahu bantuan kerajaan untuk menceburi bidang akuakultur atau penternakan ikan dalam sangkar atau kolam kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan mahupun modal.

* Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Junz Wong mengulangi komitmen kerajaan Sabah meneruskan projek premis burung walit Sentuhan Rakyat, tahun ini.

* Sabah kini berada di landasan yang tepat di bawah pimpinan Ketua Menteri kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick. Katanya Datuk Seri Mohd Shafie sangat terbuka mendengar masalah dan keperluan ahli-ahli pimpinannya dalam semua aspek termasuk berkaitan hak hak Sabah, pembangunan sosioekonomi dan tadbir urus negeri.

* Sementara itu, kerancakan berkempen di Membakut sedikit terencat akibat banjir kilat di Kampung Lumat Laut, siang tadi, menjejaskan 24 rumah. Namun tiada penduduk dipindahkan. Banjir kilat berpunca parit yang tidak diselenggara.

* Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah dengan kerjasama  Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri  telah membangunkan sistem atas talian, Permohonan Online Pekerjaan dan Latihan Dalam Industri Minyak dan Gas (POMIGAS) untuk faedah anak muda Sabah khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia,  SPM.

* Syabu seberat 17 kg bernilai RM2.5 juta berjaya dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, di perairan Kampung Batu Payung, Tawau, Sabtu lalu.

* Jabatan Kesihatan Sabah menasihatkan orang ramai agar tidak panik dengan khabar angin mengatakan vaksin pencegah virus Influenza A H1N1 di seluruh negeri, telah habis.