Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 12 November 2019

73

Bersama Aza Mini Liashin.

* Semua jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan, GLC di Sabah, diminta mengenal pasti kedudukan tanah yang menempatkan perkampungan rakyat tempatan untuk membolehkan kawasan terbabit diwartakan dan dikeluarkan dari status tanah kerajaan – Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Arifin Asgali.

* Laporan kerja menaik taraf Lapangan Terbang Tawau agar mematuhi piawaian lapangan terbang antarabangsa dijangka dikemukakan kepada Malaysia Airport SDN BHD, MASB dan kerajaan, April tahun depan.

* Polis Sabah berdepan kesukaran menyiasat kes 6 sekeluarga dari pulau Denawan, Semporna yang maut ditembak di perairan Selatan Filipina, 5 November lalu kerana 2 mangsa yang terselamat sukar mengenalpasti pihak yang menyerang bot mereka.

* Meskipun masyarakat Sikh di Sabah mungkin kecil bilangannya, namun sumbangan masyarakat itu terhadap pembangunan negeri secara amnya serta negara secara keseluruhannya tidak boleh dinafikan.

* Seorang lelaki warga New Zealand, Barry James Stanley, 63 tahun, dijumpai mati dengan kesan kecederaan di bahagian atas dan belakang kepalanya di jeti Marina Labuan, Ahad lalu.

* Jabatan Hidupan Liar Sabah mengesahkan video tular seekor buaya berenang dalam longkang bukan berlaku di pusat bandaraya Kota Kinabalu.

* Sarawak sudah bersedia melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris untuk pelajar tahun 1, mulai 1 Januari tahun hadapan.

* Kementerian Belia dan Sukan akan mencadangkan kepada Kabinet Negeri berhubung insentif kewangan yang boleh ditawarkan kepada setiap atlet Sabah yang menunjukkan prestasi cemerlang, khususnya dalam konteks melayakkan diri ke sukan Olimpik atau sukan Paralimpik – Phoong Jin Zhe.