Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 12 January 2020

Bersama Jennifer Tugung Michael.

* Pejabat Daerah di Kimanis akan ditubuhkan bagi memudahkan urusan pentadbiran serta untuk kemudahan rakyat di Membakut dan Bongawan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal berkata, itu antara perubahan yang akan dilakukan oleh kerajaan di daerah ini dan bukan sekadar janji kosong.

* Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Sabah bahawa kemenangan Barisan Nasional BN dalam Pilihan Raya Kecil, PRK Parlimen Kimanis bermakna menghidupkan kembali rejim yang selama ini merosakkan negara.

* Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri  turut memberi penjelasan mengenai Pas Sementara Sabah, PSS, yang dimanipulasi pembangkang. Beliau sekali lagi menegaskan PSS adalah untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin, PATI dan  bukannya bertujuan membuka jalan mudah bagi PATI dan rakyat asing mendapatkan kewarganegaraan sepertimana dakwaan pembangkang.

* Ketua Menteri berkata pengumuman peruntukan yang telah tersedia dalam Belanjawan, bukan isu ketika kempen PRK Kimanis.

* Ketika berucap di Kampung Lumat,  Membakut, petang tadi, Datuk Seri Mohd Shafie berkata UMNO tidak perlu dikenang lagi kerana parti itu telah lari daripada landasan perjuangan untuk membela rakyat di seluruh negara termasuk Sabah.

* Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong berkata parti Warisan memberi tumpuan kepada penerangan hala tuju dan perancangan kerajaan negeri demi pembangunan rakyat dan Sabah, di sepanjang kempennya.

* Hakikatnya semakin dekat hari mengundi, semakin ramai meninggalkan UMNO dan menyertai parti Warisan.

* Memasuki hari ke 9 berkempen, tamu mingguan pekan Membakut pada setiap Ahad, menjadi tumpuan calon parti bertanding untuk mendekati dan beramah mesra dengan seramai mungkin pengundi menjelang hari penentuan 18 Januari ini.

Elphege Godomon ada laporannya.