Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 11th March

Bersama Jo-Anna Sue Henley Rampas.

* Operasi membanteras masalah pendatang asing tanpa izin, PATI di Sabah, diteruskan. 114 PATI ditangkap dalam Operasi Mahir, Sapu dan Kutip yang dilancarkan Jabatan Imigresen di sekitar kawasan Pekan Keningau, Pekan Kecil Sook dan daerah Nabawan, semalam.

*  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, ESSCOM mempergiatkan operasi untuk mengekang kemasukan dan kewujudan PATI yang disyaki menjadi tali barut kepada kumpulan penculik rentas sempadan. Di Kunak, seramai 42 PATI ditahan dalam Operasi Gasak Laut Siri 3, di tiga perkampungan atas air, awal pagi tadi. Dalam operasi jam 3.30 pagi tadi, PATI yang ditahan terdiri daripada 24 lelaki dan 18 wanita serta lima kanak-kanak berusia antara 3 hingga 63 tahun.

* Sebelum dibuang kerja, seorang bekas pekerja Pos Malaysia sempat mencuri lesen kenderaan bermotor di tempat kerjanya. Itu jenayah dilakukan seorang anggota sindiket curi kereta dikenali Geng Gerudi yang terlibat dalam 5 kes curi kenderaan sejak sebulan lalu di Kota Kinabalu.

* Batalion 20 Pasukan Gerakan Am Beluran mematahkan kegiatan menjual arak seludup susulan serbuan ke atas sebuah stor di Jalan Labuk Lama, Batu 9, Sandakan, pagi semalam.Turut ditahan, seorang lelaki berusia 36 tahun bersama pelbagai jenis minuman keras dianggarkan berjumlah RM240,350.

* Pembantu perubatan dan penolong pegawai perubatan berperanan sebagai tulang belakang dalam usaha memperkasa serta meningkatkan lagi perkhidmatan kesihatan di pedalaman dan luar bandar, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon. Beliau berkata peranan dan khidmat bakti pegawai pembantu perubatan amat penting kepada penduduk di kawasan berkenaan terutama untuk pengesanan awal penyakit, memberi rawatan awal, pencegahan dan promosi kesihatan.

* Bola sepak Liga Super. Beraksi di gelanggang lawan, Sabah tewas 0 – 2 kepada Naib juara Liga Super 2019, Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.