Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 11 November 2019

116

 

Bersama Salbinous Saribun

  • Cadangan meminda Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar Sabah 1997 agar memperuntukkan hukuman lebih berat ke atas individu yang membunuh Gajah Borneo, akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet negeri akan datang.
  • Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, UNDP bercadang melaksanakan 3 program di Sabah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, memulihara sumber semulajadi dan hidupan liar serta melestarikan kepelbagaian bio.
  • Polis Kontinjen Sabah menyifatkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis, IPCMC sebagai tidak adil, mahu beberapa aspek diambil kira sebelum akta itu diluluskan.
  • Selepas sedekad, kejohanan golf ‘Sabah Masters’ kini kembali dalam kalendar siri jelajah Asia, disertai 144-pemain golf profesional antarabangsa termasuk Ben Leong dari Sabah.
  • Niat murni seorang lelaki menyelamatkan mangsa yang dibawa arus di pantai Kelambu, Kudat, bertukar tragedi, petang semalam.
  • Selepas 4 bulan dihantar ke Hospital Mesra Bukit Padang, seorang lelaki tempatan yang membunuh pemandu Grab Mei lalu, disahkan boleh menjalani perbicaraan.
  • 500 penduduk 3 kampung menyertai perarakan Maulidur Rasul, di kampung Batu Bayung, Tawau, yang diadakan buat julung kalinya, semalam. Di Kota Kinabalu, 500 murid dan guru sekolah kebangsaan, SK Sri gaya, tidak ketinggalan mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah.
  • Dengan memanfaatkan kekayaan sumber laut serta pertumbuhan industri pelancongan di Sabah, satu demi satu restoran masakan laut kini mula beroperasi di negeri ini.