Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 11 January 2020

Bersama Salbinous Saribun.

* Kementerian Dalam Negeri, hari ini mendedahkan pembohongan Barisan Nasional, BN dan UMNO yang menafikan mereka telah mencadangkan pelaksanaan Pas Residen Sementara Sabah, PRESS yang kini dikenali Pas Sementara Sabah, PSS. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat tiga mesyuarat oleh kerajaan terdahulu untuk melaksanakan PRESS pada Julai 2015 sehingga dipersetujui pada 16 Mei 2016. Mesyuarat terakhir yang mempersetujui pelaksanaan PRESS dipengerusikan sendiri oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi dan bekas Ketua Menteri,  Tan Sri Musa Aman. Namun cadangan itu gagal dilaksanakan selepas BN tewas pada Pilihan Raya Umum ke 14.

* Sementara itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menyelar tindakan bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang mengaitkan PSS dengan insiden pecerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 2013.

* 185 bekas ahli UMNO dan Parti Bersatu Sabah, PBS mengambil keputusan keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah. Tindakan itu sekaligus membawa kepada penutupan tiga cawangan UMNO di Membakut.

* Ketika merasmikan Karnival Kerjaya Kimanis 2020, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal berkata kekayaan sumber alam di Sabah harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia. Karnival kerjaya itu menawarkan 1,000 peluang pekerjaan kepada belia Kimanis.

* Datuk Seri Mohd Shafie berkata minyak masak jenama tempatan “Sabah Best” yang dihasilkan daripada minyak sawit mentah, CPO dan dijual dengan harga lebih murah,

akan dilancarkan.

* Parti Pribumi  Bersatu Malaysia, Bersatu komited memastikan kemenangan calon Parti Warisan Sabah, Datuk Karim Bujang dalam PRK Parlimen  Kimanis kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

* Ini pula visi calon Parti Warisan Sabah, Datuk Karim Bujang untuk Kimanis. Pemandangan indah di Kimanis akan dimanfaatkan untuk pembangunan industri eko pelancongan.

* Hanya tinggal seminggu sebelum rakyat kimanis  memilih wakil yang boleh membawa suara mereka ke Parlimen. Ikuti tinjauan BTtv di Membakut, siang tadi.

* Di sebalik bahang kempen pilihanraya di kimanis, BTtv berkesempatan meninjau kehidupan seharian penduduk di perkampungan nelayan Binsulok, yang dikenali dengan produk belacan dan udang geragau atau lebih dikenali bubuk.

* Kesulitan hidup penduduk kampung Mandahan akibat tekanan air rendah berpunca pembangunan pesat di Papar dan Kimanis  akan berakhir tidak lama lagi menerusi pembinaan sebuah rumah pam.