Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 10 January 2020

289

Bersama Beverly Anastacia Lim.

* Rakyat gusar akibat dikelirukan dengan penyelewengan fakta berkaitan Pas Sementara Sabah PSS, oleh pihak tidak bertanggungjawab khususnya pembangkang. Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri, KDN tampil dengan satu kenyataan untuk memperbetulkan fakta yang diputar belit dan tersasar dari tujuan sebenar PSS.

* Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal  berkata PSS akan dilengkapi ciri keselamatan biometrik canggih dimana pengenalan diri pemegangnya dikenal pasti menerusi imbasan retina.

* Jangan kaitkan Parti Warisan Sabah,  dengan pendatang asing tanpa izin, PATI. Sebaliknya Warisan mahu menyelesaikan masalah PATI yang sudah sekian lama membelenggu Sabah. Itu kenyataan dua pemimpin parti Warisan dari kaum Kadazan Dusun, Crispin Kitingan dan Datuk Masiung Banah ketika menjawab tuduhan tidak berasas itu yang dilemparkan pemimpin Barisan Nasional, BN dari Malaya.

* Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Warisan Sabah mengingatkan rakyat Kimanis agar tidak terpedaya dengan janji kosong pemimpin Umno dan BN kononnya mahu memperjuangkan hak Sabah sedangkan perkara itu tidak dilakukan ketika BN memerintah negara ini selama 60 tahun.

* Ketua Menteri berkata surat tuntutan permohonan maaf akan diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam masa sehari dua ini kerana menyamakan persaingan BN dan Warisan di Kimanis umpama pertembungan Malaysia dan Filipina, yang mengguris hati dan menyinggung perasaan  rakyat Sabah.

* Ketika di Pusat Daerah Mengundi PDM Simpangan petang tadi, Ketua Menteri melontarkan persoalan berikut. Apa yang telah dilakukan oleh Umno dan BN kepada Sabah selama 60 tahun parti itu memerintah dengan mengambil sumber kekayaan di negeri ini?

* Momentum sokongan rakyat Kimanis terhadap parti Warisan dilihat semakin kuat. Hanya dalam tempoh seminggu, 556 orang ahli Umno bertindak keluar parti, dan menyertai Warisan.

* BN dan Umno diingatkan agar tidak memainkan isu kaum dan agama ketika berkempen – Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe.

* Dua kanak-kanak bukan warganegara di Sabah yang masing-masing berusia 8 dan 11 tahun di Sandakan dan Kinabatangan dijangkiti virus polio, selepas kes pertama membabitkan bayi berusia tiga bulan yang dilaporkan Disember lalu. Dua kanak-kanak berkenaan  disahkan positif virus itu berdasarkan ujian Makmal Polio Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO di Australia, semalam. Kes terbaharu itu menjadikan tiga kes polio dilaporkan di Sabah dengan ujian turut mendapati virus yang menjangkiti ketiga-tiga kes mempunyai kaitan genetik dengan kes polio di Filipina –

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

* Selepas Warisan, Parti Bersatu Sabah, PBS turut berkempen di Kimanis dengan menggunakan lagu popular artis tempatan Sabah, Thomas Intiang berjodol “Pembayaran Ansur-Ansur” yang diubah suai.