Berita BT tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 10 Februari 2020

Bersama Reetasha Joanes Mijol.

* Episod kematian Gajah Borneo seakan tiada penghujungnya. Dua lagi spesies haiwan terlindung itu ditemukan mati di di Ladang Sentosa, Sukau dan Ladang Tankulap IOI berhampiran Hutan Simpan Dermakot, Sandakan. Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, gajah di Ladang Sentosa, Sukau ditemukan mati, Sabtu lalu manakala, gajah di Ladang Tangkulap IOI ditemukan mati pagi tadi.

* Kerajaan Sabah mengulangi komitmen untuk meneruskan bantuan kewangan kepada semua badan keagamaan bukan Islam dan sekolah di negeri ini. Tahun lalu, sejumlah RM53 juta telah diperuntukkan kepada tadika, sekolah dan gereja selain untuk kegunaan kuil Hindu, Sikh dan Buddha di Sabah.

* Persekitaran yang kondusif dan polisi kerajaan Sabah yang dapat meluluskan projek dalam tempoh 24 jam antara faktor yang menarik syarikat konglomerat, Kumpulan Lion untuk meneroka peluang pelaburan baharu di negeri ini. Pengerusi Esekutif Kumpulan Lion, Tan Sri William Cheng berkata, sektor pertanian dan akuakultur merupakan antara industri yang diteroka oleh syarikat berkenaan. Jika berjaya, syarikat berkenaan melihat kepada potensi pelaburan dalam pelbagai sektor mencecah nilai RM100 juta.

* Polis Kota Kinabalu menahan tujuh pelajar tingkatan empat yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan dua kumpulan pelajar yang videonya tular di laman sosial. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua pelajar itu ditahan di hadapan sekolah mereka, Jumaat lalu.

* Mengulas perkara itu, Pengarah Pendidikan Sabah, Dr Mistirine Radin berkata kejadian itu berlaku di luar kawasan sekolah dan pihaknya menyerahkan kes itu kepada polis.

* Pasukan Polis Marin, PPM menahan sepasang suami isteri warga tempatan dipercayai menjadi dalang aktiviti pengeboman ikan sebagai pembekal bahan letupan di Pulau Omadal, di Semporna, semalam. Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, dalam serbuan jam 3.30 petang itu, pihaknya turut menemui 16 kilogram baja ammonia dipercayai digunakan untuk membuat bahan letupan, selain merampas 20 kilogram ikan dipercayai ditangkap menggunakan bom ikan dalam sebuah tong di rumah pasangan tersebut.

* Insiden tragis di Beaufort. Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan akibat digilis kereta api berhampiran tapak pembinaan Dewan Persatuan Wanita Beaufort, di Kampung Bakalau, pagi kelmarin.

* Sejumlah 350.63 kg sampah termasuk 2, 280 botol plastik yang dibuang merata rata,  dikutip dalam program membersihkan pantai di sepanjang Sutera Harbour Resort dan Pulau Sulug, Sabtu lalu.