Berita Bt tv. Berita Borneo. Lensa Borneo – 1 Disember 2019

46

* Usaha kerajaan negeri melancarkan misi menarik pelabur Jepun yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima  Haji Mohd Shafie bin  Haji Apdal mula membuahkan hasil apabila 2 syarikat tenaga telah menyatakan minat dalam sektor penghasilan tenaga baharu atau biomass di Sabah. Pengerusi Kluster Industri Minyak Sawit, POIC, Datuk Dr. Pang Teck Wai berkata, 2 syarikat berkenaan dijangka melabur di POIC Lahad Datu dengan nilai pelaburan mencecah sehingga RM 300 juta dalam jangka panjang.

* Sabah Energy Corporation Sdn Bhd, SEC yang dimiliki kerajaan,  memanfaatkan sepenuhnya kelebihan Sabah sebagai pengeluar gas dan minyak mentah untuk dipromosikan kepada syarikat berkaitan industri itu di Jepun. Ketua Pegawai Eksekutif SEC, Datuk Harun Ismail berkata, setakat ini, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan 3 syarikat industri itu di Kobe, Jepun bagi usahasama dalam pelaburan berkaitan gas dan tenaga.

* Misi pelaburan kerajaan Sabah ke Jepun yang diketuai Ketua Menteri, di Kobe berakhir  hari ini.

Destinasi seterusnya ke Nagoya sebelum ke Tokyo.

* Bayaran skim Bantuan Musim Tengkujuh, BMT yang diterima Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau tidak pernah digunakan untuk tujuan peribadi. Sebaliknya bantuan berjumlah RM600 itu diserahkan kepada sepupunya yang menguruskan 4 hektar kebun getah miliknya.

* Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berharap permintaan untuk penurunan kuasa daripada Kerajaan Persekutuan bagi meluluskan dan mengeluarkan 5 jenis pelesenan pelancongan, yang telah ditangguhkan, akan membuahkan hasil. Menterinya Datuk Christina Liew berkata permintaan itu telah dikemukakan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, MOTAC, bagi membolehkan Sabah meluluskan permohonan untuk pelesenan berkaitan pelancongan dan pengeluaran lesen.

* Ini pula usaha untuk mempromosi Sabah sebagai destinasi pelancongan pilihan bagi aktiviti motosikal berkuasa tinggi. 20 penunggang motosikal akan melakukan ekspedisi sejauh 2000 kilometer menjelajah Sabah, merentasi 100 tarikan pelancongan di 35 bandar dan daerah, selama 7 hari 6 malam.

* Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, MOTAC melakukan usaha berterusan untuk memastikan keselamatan kenderaan pelancongan. 28 notis dikeluarkan ke atas kenderaan pelancongan bagi pelbagai kesalahan sepanjang operasi bersepadumotac bersama beberapa agensi penguatkuasaan pada 15 hingga 16 November lalu.