Belia Pensiangan Bergadai Nyawa Menghantar Barang Seludup

1627
Barang-barang keperluan harian ditebing Sungai Longongon untuk dibawa masuk ke Indonesia Kalimantan secara haram oleh belia Pensiangan.

Oleh KEE HELMY KEE ZAINAL
PENSIANGAN: Pengiktirafan Arthur Joseph Kurup sebagai Ikon Ikon Belia Negara TN50, adalah merupakan satu pencapaian tertinggi dan membanggakan bagi seorang anak golongan elit yang bapanya adalah Ahli Parlimen Pensiangan ini.

Pencapaian tersebut sememangnya satu pengiktirafan yang dilihat telah mengubah kehidupan dan taraf hidup belia pendalaman disekitar Pensiangan ini.

Namun pada mata kasar, penglibatan belia Sook dan Pensiangan secara umumnya tidaklah menampakan kepincangan ataupun kemuduran, tetapi disebaliknya apa yang dialami oleh mereka amatlah menyedihkan, sehingga ada diantara mereka terpaksa bergadai nyawa demi mendapatkan sesuap nasi.

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang meninjau ke pengkalan Sungai Longongon, rata rata pemandu bot berkenaan adalah remaja dan belia yang masih dibawah umur dan yang baru tamat sekolah menengah.

ADRIAN LASIMBANG

Penyelaras DAP Pensiangan, Adrian Lasimbang ketika diminta mengulas mengenai keadaan ini berkata, kebanyakaan remaja ini merupakan mereka yang berasal dari golongan kelas rendah, dimana ada diantara mereka merupakan remaja yang belum tamat sekolah yang berumur lingkungan 16 tahun ke atas.

“Saya memandang permasalahan ini sebagai sesuatu yang tidak mustahil berlaku, ini kerana kebanyakan remaja ini tidak mempunyai arah atau halatuju selepas tamat persekolahan,” kata Adrian.

“Ini kerana tidak ada perancangan atau program yang boleh menengahkan atau melibatkan beliau untuk mereka ceburi selepas sahaja tamat di alam persekolahan.”

Berlainan pula apa yang dialami oleh remaja yang berasal daripada keluarga yang miskin dimana mereka terpaksa berhenti sekolah di pertengahan dan pergi bekerja sebagai tekong bot semata mata untuk membantu menyara keluarga.

ARTHUR KURUP

Mereka terpaksa bergadai nyawa dan mengharungi sungai yang deras sebagai tekong bot dan ada diantara mereka terpaksa membawa barangan seludup kenegara jiran yang hanya beberapa minit sahaja jarak perjalanan daripada penghujung sempadan Malaysia, iaitu Kampung Bantul.

Namun berdasarkan temurama penulis terhadap beberapa remaja yang melakukan pekerjaan berkenaan mengakui, bahawa mereka terpaksa melakukan begitu kerana tiada pilihan lain untuk mencari sumber pendapatan.

Kata Adrian, Arthur sepatutnya tahu perkara ini dan harus mengambil tindakan, dan menyediakan inisiatif agar hidup belia di Pensiangan ini terbela.

Menurutnya lagi, apa yang sangat memalukan ada lag dimana Arthur telah diangkat sebagai belia negara TN50 tetapi kehidupan dan kebajikan belia Pensiangan tidak terbela terutama di kawasan pendalaman.

Di katakana orang ramai, Arthur, yang juga ketua belia PBRS, akan mengantikan bapanya Joseph, sebagai calon BN di Pensiangan pada pilihanraya umum akan datang, ataupun sebagai calun di kawasan baru, iaitu Tulid.