Belanjawan Untuk Merawat Kelemahan Dalam Pentadbiran Awam

117

KOTA KINABALU: Belanjawan Negeri Sabah tahun 2020 adalah satu belanjawan untuk ‘merawat’ terhadap kehilangan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam dan ekonomi negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, tidak dinafikan terdapat kelemahan dalam pekhidmatan awam sebelum ini dan belanjawan kali ini adalah khusus untuk memperkasakan sektir perkhidmatan awam.

“Selain itu, belanjawan ini juga untuk mewujudkan strategi untuk setiap kementerian di Sabah melaksanakan pembangunan.

“Sebab itu belajawan kali ini kita menyentuh dengan kenaikan gred, pangkat dan latihan-latihan yang akan dilakukan agar kakitangan awam kita lebih berdaya saing,” katanya ketika ditemui selepas pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2020) 2019, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, sekalipun ada banyak belanjawan diberikan tetapi pentadbiran tidak cekap, sudah pasti setiap masalah yang dihadapai sukar diatasi.

Katanya, setiap kementerian ada strategi tersendiri, untuk Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hijau hanya diberikan peruntukan sebanyak RM190,000.

“Sudah pasti orang cakap ianya tidak mencukupi tetapi kita bukan berdasarkan bajet diberikan tetapi pelan yang sudah dirancangkan.

“Ini penting sebab awal-awal lagi kita sudah mantapkan pentadbiran agar pegawai kita memahami perkara ini, saya ingat bajet tidak menjadi masalah kepada kita,” katanya.